top of page

PRIVACY POLICY UNTUK IMPIAN GEMILANG

Dasar Privasi Impian Gemilang · Mortgage ("Dasar Privasi") bertujuan untuk memaklumkan anda tentang polisi dan amalan kami berhubung pengumpulan, penggunaan dan pendedahan sebarang maklumat yang anda serahkan kepada kami. Ini termasuk "Maklumat Peribadi", iaitu maklumat tentang anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi seperti nama, alamat e-mel, nombor ID pengguna, nombor telefon bimbit, alamat pengebilan serta maklumat tidak awam lain yang berkaitan dengan maklumat-maklumat tersebut.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 

Anda mempunyai hak-hak seperti yang termaktub dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"), dan kami akan mematuhi semua peruntukan yang dinyatakan di bawah PDPA.

KANDUNGAN PENGGUNA

Dengan mengakses atau memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat Dasar Privasi kami, yang merupakan sebahagian daripada terma perkhidmatan kami. Anda secara nyata memberikan persetujuan untuk pemprosesan Maklumat Peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini.

Maklumat Peribadi anda akan diproses dan disimpan di Malaysia yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Maklumat Peribadi anda tidak akan digunakan atau didedahkan untuk tujuan yang tidak anda berikan persetujuan atau yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.

PENGUMPULAN MAKLUMAT

Maklumat Peribadi Yang Anda Berikan

Secara umumnya, kami mengumpul Maklumat Peribadi yang anda serahkan kepada kami secara sukarela. Kami juga mengumpul maklumat yang anda berikan semasa berkomunikasi, mencipta atau mengedit akaun dan profil pengguna anda berkaitan dengan urusan perniagaan atau khidmat nasihat kami sebagai broker gadai janji, agensi pinjaman, muat turun digital, produk digital serta latihan dalam talian.

Alamat E-mel

Jika anda menghantar e-mel kepada kami atau mengisi mana-mana borang (seperti maklum balas, pendaftaran melalui landing page, atau borang lain), kami akan mengumpul maklumat seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon bimbit, dan maklumat lain yang diperlukan serta maklumat tambahan yang anda berikan.

Maklumat Dikumpul Melalui Teknologi

Semasa anda menggunakan perkhidmatan kami, maklumat tertentu mungkin dikumpul secara pasif dan disimpan dalam log pelayan kami atau pembekal perkhidmatan, termasuk:

  • Alamat Internet protocol (IP) anda

  • Jenis pelayar web (browser)

  • Sistem pengendalian (operating system)

PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN MAKLUMAT

Maklumat Dikumpul Melalui Teknologi

Kecuali seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, kami tidak menjual, memperdagangkan, menyewa atau berkongsi Maklumat Peribadi yang kami kumpul dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran, melainkan jika anda memberikan kebenaran secara bertulis kepada kami untuk berbuat demikian.

Maklumat Peribadi yang dikumpul adalah untuk:

  • Memberikan anda akses kepada perkhidmatan kami

  • Memproses perkhidmatan yang dipohon

  • Meningkatkan dan menyesuaikan ciri, prestasi serta sokongan perkhidmatan kami dalam urusan jualan produk digital dan kursus pemasaran digital

  • Menawarkan anda maklumat tambahan, peluang, promosi dan fungsi lain daripada kami

Kami mungkin berkongsi sebahagian atau semua Maklumat Peribadi anda dengan syarikat-syarikat sekutu dan syarikat dalam kumpulan kami yang berada di bawah kawalan bersama, supaya mereka boleh menghantar e-mel tawaran harian dan surat berita yang telah anda setujui. Dalam kes ini, kami akan memastikan mereka mematuhi Dasar Privasi ini.

Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda jika kami percaya dengan niat baik bahawa pendedahan tersebut adalah perlu untuk:
a) Mematuhi undang-undang yang berkenaan atau untuk bertindak balas terhadap saman atau waran yang dikenakan ke atas kami; atau
b) Melindungi dan mempertahankan hak atau harta kami, anda, atau pihak ketiga.

Sila ambil perhatian bahawa maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan dan diproses di luar Malaysia dalam pelayan awan yang selamat.

KESELAMATAN

Kami akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin keselamatan data yang dihantar ke laman web kami. Sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri dan anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan kami atas sebarang pelanggaran keselamatan semasa mengakses internet yang di luar kawalan kami. Setelah menerima maklumat anda, kami akan menggunakan prosedur dan ciri keselamatan yang ketat untuk mencegah akses tanpa kebenaran.

LAMAN WEB PIHAK KETIGA

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman lain ("Laman Berkaitan"). Kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi atau amalan laman-laman berkaitan tersebut. Anda bersetuju untuk melepaskan tuntutan terhadap kami berkenaan dengan Laman Berkaitan ini.

HUBUNGI DAN SEMAKAN SEMULA

Jika anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan mengenai Dasar Privasi kami, sila hubungi kami +603-7612 8084

Dasar Privasi ini boleh disemak semula dari semasa ke semasa mengikut budi bicara kami. Jika anda tidak bersetuju dengan sebarang perubahan, anda mesti memberhentikan penggunaan platform kami. Penggunaan berterusan akan dianggap sebagai pengakuan dan persetujuan anda terhadap perubahan tersebut serta terikat dengan terma dan syarat yang telah diubahsuai.

Kemaskini terakhir: 25 March 2023

bottom of page